KLIK BUTTON

KLIK BUTTON DI BAWAH UNTUK RUJUKAN PANTAS


image text
image text image text image text
image text image text image text image text
image text image text image text image text



Monday, 23 October 2017

Kenapa Medical Card Anda Kena Reject?



'INSURANS PENIPU!'


'BAYAR TIAP2 BULAN, JANJI MACAM2 TAPI BILA NAK PAKAI KENA REJECT!'


'RUGI JE BAYAR TAKAFUL NI'


'SELAMAT AKU TAK TERTIPU DENGAN AGEN TAKAFUL LAGI FUHH' :P




Assalamualaikum.

Selalu kan dengar benda2 ni atau baca kes2 viral kat facebook bila orang buka cerita pasal insurans atau takaful ni? Sebelum kita lompat ke conclusion, better baca sebab2 kat bawah ni kenapa medical card selalu kena reject sebelum anda judge untuk tidak melanggan medical card yang akan merugikan anda nanti.




SEBAB-SEBAB ORANG KATA SYARIKAT INSURANS PENIPU BILA MEDICAL CARD KENA REJECT




1) Belum lepas waiting period yang ditetapkan syarikat takaful

Waiting period ialah tempoh menunggu. Bermakna, lepas polisi anda start aktif, anda perlu menunggu selama 120 hari sebelum anda boleh menggunakan medical card tersebut dengan senang hati. Cuba rujuk carta di bawah :




Fasa I - Lepas Polisi Aktif
Hanya kes kemalangan sahaja yang layak untuk claim. Tapi dengan mode pay and claim. Anda perlu bayar sendiri kos rawatan kemalangan dahulu dan kemudian claim dengan pihak AIA Takaful kemudian. Make sure ada report doctor dan resit original tau!


Fasa II - Selepas 30 hari
Hanya boleh claim kes kemalangan dan penyakit yang tidak spesifik seperti demam akibat infection atau yang lain-lain. Tempoh ni 50-50, bermakna sama ada anda boleh guna medical card (AIA cover bil hospital) atau through pay and claim (anda bayar sendiri dulu later baru claim), semua depends pada consideration AIA dan clean medical report by doctors. Apa-apa pun, sebagai agen, kami pun tak berani nak jamin dalam tempoh ni penyakit apa yang cover atau anda boleh fully guna medical card ke tak, sebab itu HQ yang uruskan.


Fasa III - Selepas 120 hari
Time ni fasa yang paling happy untuk semua pengguna medical card, sebab anda dah boleh swipe card anda dengan senang hati bila kena admit hospital sebab mostly AIA akan tanggung bil hospital korang 100%! :)


Fasa IV - Sebelum 2 tahun
Haa, ni yang paling penting tau! Pernah dengar kes orang ada ketumbuhan, medical card pun dah bayar dalam setahun lebih and tak pernah claim tapi still GL (guarantee letter) kena reject?

FYI, anda still kena berhati2 selagi medical card anda tak mencapai umur 2 tahun. Kenapa? Sebab lepas 2 tahun, pihak takaful dah hilang kuasa untuk mempertikaikan sebarang kes2 yang mencurigakan. Jadi, untuk kes2 yang masih lagi tak sampai setahun, setahun 11 bulan ke, kalau ada kes2 yang mencurigakan, pihak takaful akan hold case dulu untuk siasatan, thats why mereka akan reject dulu GL anda. Tapi ini bukan bermakna anda tak boleh claim balik ye. Anda masih lagi boleh pay and claim, dan jika pihak takaful dah habis siasat and ternyata kes anda clean, semua pay and claim tadi akan dibayar oleh pihak takaful kembali ke akaun anda. Jom tengok contoh kes :



Feb 2016 - doktor syak ada ketumbuhan di perut tapi tiada prosedur apa2 dilakukan
April 2016 - apply medical card tapi tak bagitau agen yang pernah ada sejarah pasal ketumbuhan tadi (declare yang beliau sihat)
Ogos 2017 - masuk hospital and doktor syak ada ketumbuhan di tempat yang sama


Result : 
GL akan direject serta merta sebab kes mencurigakan. Ketumbuhan selalunya ambil masa yang lama untuk develop. 
Tidak layak pay and claim sebab dah ada medical record pada Feb 2016 menandakan anda sudah tahu anda ada ketumbuhan


Faham tak situasi di atas? Bermakna please jangan meroyan dan terus serang di Facebook mengatakan anda sudah bayar takaful lama sedangkan anda tidak jujur pada permulaan application medical card tu ye :(





2) Polisi lapsed

Berapa lama anda dah tak bayar premium takaful haa? Selalunya lepas 30 hari lepas due date premium anda polisi automatic lapsed, atau makna lainnya DEACTIVATE. Bayangkan anda dah 5 tahun bayar polisi rekod cantik tapi tiba2 sebulan tersangkut, kebetulan time tu ter-masuk hospital pulak, medical card anda confirm kena reject ya! Dan bukanlah bermakna anda sambung bayar on the spot polisi anda akan diaktifkan semula, ia akan mengambil masa sebulan untuk proses. Jadi jangan ambil mudah perkara ni and marah2 agen tau, kesian agen tak pasal2 kena marah sedangkan kami sudah remind berkali2 tentang payment sebab taknak perkara seperti ini terjadi. Sobs.





3) Manfaat tiada dalam polisi

Please check betul2 polisi anda lepas agen dah deliver, mana yang tak paham tu boleh tanya terus, macam apa yang dicover dalam polisi and apa yang tak.

Contoh : Kalau ambil pelan basic ALLI AIA di mana ada medical card, simpanan dan pampasan, dan tiba-tiba anda kemalangan dan ingin claim duit pampasan, anda harus tau bahawa pampasan yang dinyatakan dalam pelan hanya cover untuk kes hilang upaya kekal/kematian sahaja. Untuk claim pampasan kemalangan, perlu add-on rider A-Plus Total Accident Shield-i.





Jadi, sebelum anda nak admit hospital, boleh roger agen dulu nak masuk hospital apa and dapatkan kepastian whether selamat tak nak guna medical card ni kalau time tu tak lepas lagi tempoh waiting period ke. Jika agen tak dapat dihubungi sebab dah lewat tengah malam, boleh call direct customer service AIA di 1-300-88-8922 atau check hospital mana yang boleh guna gold card AIA di 'AIA Locator' - boleh download di Appstore/Playstore.


Sekian :)

No comments:

Post a Comment